Tuesday, December 7, 2010

Tahun Baru?

Saya pasti ada antara kita yang tak sedar, tak perasan yang kita dah masuk tahun baru.

" Tahun baru? "
" Apa pulak ? kan baru 6 hb Dis? lambat lagi tahun baru! "
" Ye la. Yang tu tahun Masihi. Kan ke esok dah 1 Muharam 1432? "
(tapi sebenarnya kita dah masuk tahun baru pada waktu maghrib , bukan 12 tgh malam macam tahun baru Masihi - saya petik tulisan solihin )

Betul tak? saya sendiri pun tak ingat tentang maal hijrah ni. nyaris-nyaris lupa. betapa jahilnya kita ni kan? lebih ingat 1 Jan daripada 1 Muharam!Sekarang saya tengah tgk telemovie Tv3 - Dakwah Muharam. cerita yang cukup bermutu - dari segi jalan cerita, mesej. Harap lebih byk cerita sebegini, jangan asyik2 buat cerita cinta, cerita hantu. sebab tu banyak anak muda kita jadi 'hantu'! sebab , tv punya pengaruh yg sgt besar. apa yg dilihat/ditonton, itulah yg kita akan ingat dan akan ikut.

Apapun, Selamat Tahun Baru 1432H semua.
Apa azam anda?



Tuesday, November 30, 2010

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUATKAN KITA HILANG TUMPUAN DAN TUMPUL MINDA



Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang b ila -b ila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!
Wasalam
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."
(Surah Al-Ahzab:71)

(diambil drpd facebook)

Sunday, November 21, 2010

Tuesday, July 6, 2010

Hari Koperasi Sekolah 2010

semalam 5 Julai ,smktm telah mengadakan hari koperasi peringkat sekolah.mana-mana kelab/persatuan/kelas diberi peluang untuk berniaga pada hari tu. kelab kemahiran hidup turut tidak melepaskan peluang untuk sama-sama berniaga (nie tahun ketiga).
tahun nie tak sam dgn 2 thn lepas.sebelum nie jual aiskrim goreng, tahun nie jual yong tau foo (sebab salah sorang ahli kelab nie, family dia berniaga yong tau foo, so senang nak dapatkan bahan)


nie baru nak start berniaga , saya tolong tgk je






























alhamdulillah , selepas ahli kelab bertungkus-lumus berniaga, dapat la jugak untung. dan sambutan daripada pelanggan jugak sgt menggalakkan serta di luar jangkaan kami.yela, yong tau foo nie kira lain la sikit berbanding gerai-gerai jualan lain.
apapun, yang paling penting, pengalaman berniaga tu sendiri.ahli kelab dapat menimba pengalaman menjadi seorang peniaga, jadi tau la mcmn penat lelahnya (cikgu sendiri pun terasa lelahnya) ahli-ahli kelab pun nampak happy. so , tahun depan boleh le join berniaga lagi, tapi nak jual apa lak?

Saturday, June 19, 2010

Rahsia Melalui Tulisan


Rahsia Melalui Tulisan - Dr Fadzilah Kamsah
[c&p dari blog kak ungku betty (tq kak)]

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit


Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)


Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…


by MUZRI on July 27, 2008

Kelab KH 2010 - aktiviti memasak

untuk aktiviti kali nie, diadakan aktiviti memasak nasi goreng. alhamdulillah dapat juga dilaksanakan. ahli-ahli kelab sebenarnya kreatif-kreatif belaka.
bulan Jun nanti akan diadakan Hari Koperasi dimana para pelajar berpeluang berniaga menerusi kelab dan persatuan masing-masing. kelab kh pun dah booking satu tempat, tapi nak jual apa ye? tahun lepas dah jual aiskrim goreng (dah masuk 2 tahun) so tahun nie kena jual benda lain la pulak - maybe cupcake,muffin or pie?
buka sekolah nanti ada perbincangan dgn ahli kelab, baru boleh diputuskan nak berniaga apa