Sunday, February 6, 2011

Junior MasterChef Autralia S1



Anda pandai masak? (ke pandai makan je? he..he..)
Kalau rasa anda pandai masak, cuba tengok astro Channel 711 hari ahad (kalau tak silap pkl 8 mlm) dan cuba compare kebolehan anda dgn budak2 yg memasak dlm rancangan reality game show tu. saya sendiri pun kagum tgk budak2 tu punya food presentation, garnish diorang cukup bagus, macam chef betul yang masak.saya sendiri pun tak reti nak buat macam diorang (kekadang terfikir gak, betul ke reality, entah2 berlakon je kot?)
apapun, bila difikir dr segi positifnya, memang bagus ada rancangan mcm tu. saya menontonnya bersama-sama hubby dan anak2. si kakak cakap "ibu, nanti saya pun nak pandai masak macam Isabella, ibu ajar la ye" saya kata " ok, nanti ibu ajar ye"
anak saya tu baru je darjah satu, boleh ke dia masak? patut ke saya ajar dia masak? kebanyakan drpd kita tentu tak benarkan anak kita masuk ke dapur, apatah lagi nak memasak.macam-macam yang kita takut - takut dia terkena api la, takut dia kacau la, takut kita lak yg lambat siap memasak! saya sendiri pun macam tu. tapi lepas si kakak cakap macam tu, terfikir lak, apalah salahnya kita ajar dia yg basic2 macam kenalkan dia dgn bahan2 masakan, bagi dia tgk cara kita masak, yg pertama mesti tau masak nasi! dah byk tahun saya ngjr pelajar perempuan ting 1 dan ting 2 ERT, saya tgk kebelakangan nie makin banyak yg tak tau masak, yg tak tau menjahit lagi la banyak. bila tanya kat rumah masak tak, diorang jawab tak sebab mak tak bagi! jadi camno? bukankah kalau kita betul-betul sayangkan seseorang (anak@isteri@suami) dalam hal nie, anakla, kita sepatutnya sediakan diorang (prepared) dengan ilmu-ilmu yang sepatutnya supaya diorang boleh survive kalau-kalau kita takde (takde sementara atau selama-lamanya)
So, apa pendapat anda?

Sakitnye kepala! Dugaannnn...


dah beberapa hari dah badan rasa tak sedap je. hari khamis, start cuti CNY tekak mula rasa pahit, kepala pun rasa pening semacam. kat sini dah banyak hari cuaca sangat panas. memang boleh demam la. esoknya hidung lak start selsema. bagi saya, kalau demam, kira ok lagi, tapi kalau selsema - otak rasa jam, berat semacam je.

saya makan paracetamol , rasanya banyak gak, tapi takde effect. byk mkn paracetamol pun tak bagus gak untuk jangka panjang. nak pg klinik yg saya biasa pegi, doktor tu cuti CNY. jadi beli ubat kat farmasi. mula-mula terfikir nak beli ubat antibiotik, last-last tak jadi, cuma beli ubat batuk dan ubat selsema je. ada gak orang kata tak elok ambik ubat antibiotik nie - jadi selain makan ubat, saya cuba banyakkan minum air masak dan air 100Plus. banyakkan makan benda yg mengandungi vitamin C - contohnya limau mandarin yg banyak dalam peti ais tu

risau gak selsema nie, takut berjangkit kpd ahli keluarga yg lain esp anak2.sila baca kat Rakan Farmasi Anda untuk maklumat lanjut mengenai tips mengawal demam panas pada kanak-kanak.

harap-harap esok dah sembuh ;)