TAHNIAH KEPADA PASUKAN SMK TENGKU MENTERI KE PERTANDINGAN MEMASAK PERINGKAT DAERAH 2009 KERANA MENDAPAT
TEMPAT KEDUA
nie 3 orang peserta pertandingan memasak KHB peringkat daerah LMS 2009 - Norehan 3T5 , Nurhayati 1T2 dan Aqilah 1T2



HIDANGAN UNTUK 2 ORANG
NASI DAGING ALA SANTAI
KEBAB AYAM SAYURAN
SALAD PELANGI MAGGI
PUDING KARAMEL JAGUNG NESTLE
STRAWBERRY BLISS
NASI DAGING ALA SANTAI
BAHAN-BAHAN
1 ½ cawan beras
2 cawan air
30gm mentega
20gm daging cincang
2 sudu besar Perencah Nasi Beriani MAGGI@
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
3cm lobak merah
1 tangkai daun sup
1 ½ ketul Kiub Pati Ayam MAGGI@
70ml Susu Sejat Penuh Krim Carnation NESTLE@
2 biji limau kasturi
KAEDAH
1. Perah limau kasturi ke dalam susu sejat penuh krim Carnation NESTLE@ dan ketepikan
2. Masukkan mentega ke dalam periuk
3. Setelah cair, masukkan daging cincang, bawang besar dan bawang putih
4. Masukkan air , Perencah Nasi Beriyani MAGGI@ dan kiub stok ayam MAGGI@
5. Apabila air telah mendidih, masukkan susu sejat tadi ke dalam periuk
6. Masukkan beras dan lobak merah yang telah dipotong kiub
7. Apabila nasi hampir kering, masukkan daun sup